Parliament
Speech by Abdul Muhaimin On Leave a Lasting Legacy with Wakaf Masyarakat Singapura

Speech by Abdul Muhaimin On Leave a Lasting Legacy with Wakaf Masyarakat Singapura

Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin
Delivered in Parliament on
5
March 2026
5
min read

Since its launch on 3 August 2024, only 150 Muslims have designated WMS as a beneficiary in their wills or nominations. This represents merely 0.1% of Muslims over 60 years old, and an even smaller fraction of our entire Muslim population. These numbers should give us pause.

Since its launch on 3 August 2024, only 150 Muslims have designated WMS as a beneficiary in their wills or nominations. This represents merely 0.1% of Muslims over 60 years old, and an even smaller fraction of our entire Muslim population. These numbers should give us pause.

The Stakes Are High

WMS has the potential to become the financial backbone supporting the Singapore College of Islamic Studies, ensuring the continuity of our madrasahs, and covering the operating and leasing costs of our mosques. Beyond funding institutions and infrastructure, WMS funds are expected to flow toward social support programmes, education, and youth development - investments that will shape the character and capability of future generations.

Without adequate contributions, we risk compromising the very institutions and programmes that preserve our religious heritage and nurture our community's potential.

The Spiritual Imperative

WMS offers every Muslim in Singapore the opportunity to create this perpetual legacy, where there may be constrains to pledge other forms of Waqaf. Every contribution becomes a seed that continuously bears fruit - supporting students, sustaining places of worship, and uplifting those in need.

The Solution

I propose that we significantly expand community engagement through diverse platforms: mosques, community centres, schools, professional associations, and student societies. These sessions should empower our community with knowledge of the potential profound spiritual and social impact of WMS.

Questions for the Ministry

I would like to ask the Minister:

First, how will the Ministry tailor outreach efforts to reach different segments of our Muslim community? Our community is beautifully diverse—Indian Muslims, Chinese Muslims, Arab Muslims, Malay Muslims, youth, professionals, and seniors. Each group has unique perspectives and preferred communication channels. Will there be targeted programmes that resonate with their specific contexts?

Second, will the Ministry commit to full disclosure of the assets managed under the Fund and to provide regular updates to the estates of contributors once the Fund becomes active? When the community sees tangible evidence of the funds being used responsibly - that a student has graduated, a family has been supported, a mosque has been maintained - it reinforces trust and inspires others to follow suit.

A Call to Action

From 150 contributors to thousands - this must be our trajectory. Every Muslim family should consider WMS in their legacy planning, not as an obligation, but as an opportunity to invest in eternity.

===

Warisan Berpanjangan dengan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS)

Sejak pelancarannya pada 3 Ogos 2024, hanya 150 umat Islam telah menetapkan WMS sebagai penerima manfaat dalam wasiat atau penamaan mereka. Ini mewakili hanya 0.1% daripada umat Islam berusia melebihi 60 tahun, dan sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan jumlah masyarakat Muslim kita. Kita perlu meneliti angka tersebut dengan lebih lanjut. 

Taruhan yang Besar

WMS mempunyai potensi untuk menjadi tunjang kewangan yang menyokong Kolej Pengajian Islam Singapura, memastikan kelangsungan madrasah kita, serta menampung kos operasi masjid. Selain membiayai institusi dan prasarana, dana WMS dijangka akan disalurkan kepada program sokongan sosial, pendidikan, dan pembangunan belia—pelaburan yang akan membentuk jati diri dan keupayaan generasi akan datang.

Tanpa sumbangan yang mencukupi, kita berisiko menjejaskan institusi dan program yang memelihara warisan agama kita serta memupuk potensi masyarakat kita.

Tuntutan Kerohanian

WMS menawarkan peluang kepada setiap umat Islam di Singapura untuk membina warisan berkekalan ini, terutamanya apabila terdapat kekangan untuk mewakafkan bentuk harta yang lain. Setiap sumbangan yang berterusan akan membuahkan hasil—menyokong pelajar, memelihara tempat ibadat, dan membantu golongan yang memerlukan.

Langkah Penyelesaian

Saya mencadangkan agar kita lebih meluaskan penglibatan masyarakat melalui pelbagai platform seperti masjid-masjid, kelab-kelab masyarakat, sekolah-sekolah, persatuan-persatuan profesional dan pelajar. Sesi-sesi ini harus memperkasakan masyarakat kita dengan pengetahuan mengenai kesan sosial dan kerohanian yang mendalam melalui WMS.

Soalan untuk Kementerian

Saya ingin bertanya kepada Menteri:

Pertama, bagaimanakah Kementerian akan menyesuaikan usaha mendekati segmen kaum masyarakat Islam yang berbeza? Masyarakat Islam kita adalah berbagai—India Muslim, Cina Muslim, Arab Muslim, Melayu Muslim, golongan belia, profesional, dan warga emas. Setiap golongan mempunyai perspektif tersendiri dan saluran perhubungan masing-masing. Adakah terdapat program khusus yang bersesuaian dengan konteks mereka?

Kedua, adakah Kementerian akan mendedahkan sepenuhnya aset yang diuruskan di bawah Dana tersebut, serta memberikan kemas kini dan maklumat semasa kepada estet penyumbang sebaik sahaja Dana itu aktif? Apabila masyarakat melihat bukti nyata bahawa dana tersebut digunakan secara bertanggungjawab—seperti seorang pelajar berjaya tamat pengajian, sebuah keluarga dibantu, atau masjid yang selamat diselenggarakan—ia akan mengukuhkan kepercayaan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta.

Seruan untuk Bertindak

Hala tuju kita seharusnya untuk meningkatkan jumlah daripada 150 penyumbang kepada beribu-ribu orang. Setiap keluarga Muslim harus mempertimbangkan WMS dalam perancangan warisan mereka, dan menganggapnya sebagai satu peluang untuk pelaburan berkekalan di akhirat.

Categories
 
Back to top
Workers' Party members working hard to set up a GE2025 rally

Walk with us, #StepUp with the Workers’ Party

Join us in building a brighter future for all Singaporeans. Whether you lend your time, energy, or resources, your support makes a difference.