The educational gap facing the Malay community is well-documented, but our understanding remains incomplete. We know the outcomes are unequal, yet we lack the granular data needed to design truly effective interventions.
Let me be clear about what the three data points I proposed would enable.
First, annual university graduation rates by ethnicity would provide continuous monitoring rather than sporadic snapshots. We track economic indicators monthly, yet assess educational equity only when politically convenient. This inconsistency undermines accountability. Annual tracking would reveal whether our interventions are working or merely well-intentioned.
Second, data linking income and ethnicity in university access would answer a critical question: Are financial barriers or other factors driving the gap? MENDAKI subsidy data would show whether lower-income Malay students are accessing higher education at improving rates. Without this, we cannot distinguish between solvable financial constraints and deeper systemic issues.
Third, dropout rates by income and ethnicity would identify where students are falling through the cracks. Is attrition concentrated among low-income families? At specific educational levels? Among particular demographic groups? Each pattern requires different solutions.
The Malay community deserves policies built on evidence, not presumption. Singapore has the technical capacity for this level of analysis. What we need now is the political will to implement it.
Pendidikan: Membuka Potensi Melalui Data
Jurang pendidikan yang dihadapi masyarakat Melayu telah jelas didokumentasikan, namun pemahaman kita mengenainya masih belum lengkap. Kita sedia maklum bahawa hasilnya tidak sama rata, namun kita kekurangan data terperinci yang diperlukan untuk merangka langkah intervensi yang benar-benar berkesan.
Izinkan saya jelaskan perkara-perkara yang mampu dicapai melalui tiga titik data yang saya cadangkan.
Pertama, kadar tahunan lulusan universiti mengikut kaum akan membolehkan pemantauan berterusan, berbanding dengan gambaran sekilas yang tidak tetap. Kita memantau penunjuk ekonomi setiap bulan, namun hanya menilai kesaksamaan pendidikan apabila ada keselesaan politik. Ini tidak konsisten dan menjejaskan nilai tanggungjawab kita. Pemantauan tahunan akan mendedahkan sama ada intervensi kita itu benar-benar berkesan, dan bukan sekadar pendekatan semata-mata.
Kedua, data yang menghubungkan pendapatan dan kaum dalam kadar kemasukan universiti akan menjawab soalan kritikal: Adakah hambatan kewangan atau faktor lain yang menyebabkan jurang tersebut? Data subsidi MENDAKI akan dapat menunjukkan sama ada pelajar Melayu berpendapatan rendah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi pada kadar yang bertambah baik. Tanpa data ini, kita tidak dapat membezakan antara kesempitan kewangan yang boleh diatasi, dengan isu sistemik yang lebih mendalam.
Ketiga, kadar keciciran mengikut pendapatan dan kaum akan mengenal pasti di mana pelajar mula tercicir. Adakah keciciran tertumpu dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, di peringkat pendidikan atau golongan demografi tertentu? Setiap golongan memerlukan huraian yang berbeza.
Masyarakat Melayu selayaknya diberikan penggubalan dasar yang berpandukan data yang kukuh. Singapura mempunyai daya keupayaan teknikal untuk melakukan analisis yang terperinci seperti ini. Apa yang kita perlukan sekarang adalah kehendak dan keinginan politik untuk melaksanakannya.


