Debate on Budget 2016: Semangat Kerjasama ke Arah Pemupukkan Masyarakat yang Daya Tahan, Inklusif dan Penyayang – Speech by Muhamad Faisal Abdul Manap

(Delivered in Parliament on 5 April 2016)

Pendahuluan

Puan, antara tema utama bagi belanjawan tahun ini adalah Semangat Kerjasama (Spirit of partnership). Dalam ucapan Menteri Heng Swee Keat, beliau menekan peri penting nya faktor ini dalam membuat transformasi ekonomi negara dan juga dalam mengukuhkan masyarakat Singapura kearah masyarakat yang inklusif dan penyanyang. Saya setuju dan akur tentang penekanan dan tumpuan yang seharusnya di beri kepada aspek Semangat Kerjasama kerana dalam era kehidupan sekarang yang penuh dengan cabaran dan ujian, nilai usaha-usaha yang dilakukan secara berganding bahu atau gabungan antara pihak-pihak dan entiti-entiti adalah cara yang terbaik dalam menempuhi keadaan kehidupan yang tidak menentu,  pepatah Melayu, ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Nilai Semangat Kerjasama adalah teras ucapan saya bagi sesi debat belajawan kali ini.

Impak automasi dan pengabungan & pengambil alihan (Automation and Merger & Acquisition)

Puan, rancangan dan usaha pemerintah dalam memberi lebih fokus kepada sektor perniagaan adalah dialau-alukan. Ini dapat diduga kerana sememangnya ramalan ekonomi secara keseluruhanya akan bertambah muram dalam masa yang mendatang. Sokongan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana tempatan (SMEs) adalah genting kerana SME memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Singapura. SME membentuk 99 peratus dari keseluruhan syarikat-syarikat tempatan, menghasilkan 70 peratus tenaga kerja negara dan menyumbang 50% ke arah GDP Singapura. Jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada SMEs kita, Singapura pada keseluruhannya akan terjejas. Contohnya penutupan SME akan mengakibat kehilangan pekerjaan bagi rakyat Singapura. Saya yakin objektif utama adalah untuk mencapai manfaat kolektif dan bukan hanya untuk sesetengah pihak. Manfaat kolektif diraih oleh masysrakat Singapura melalui pekerjaan yang disediakan apabila syarikat-syarikat sederhana dan kecil terus berkembang dan maju kehadapan. Tujuan koletif yang sedemikian ini adalah antara faktor utama untuk mencapai sebuah masyrakat yang inklusif dan penyanyang.

Dalam belanjawan kali ini, antara penekanan yang diberikan adalah usaha untuk mempertingkatkan sistem automasi serta mengalakkan pengabungan dan pengambil alihan (Merger dan acquisition). Pemerintah telah menyediakan geran-geran bagi menyokong SME untuk ke arah mencapai tujuan-tujuan ini. Dari aspek ekonomi perniagaan (economy of business), langkah dalam mempertingkatkan pengunaan automasi adalah sesuatu yang dianggap positif kerana ianya dikait rapat dengan peningkatan produktiviti. Namun soalan yang seterusnya, apakah impak penggunaan automasi terhadap ekonomi pekerjaan (economy of employment). Pakar-pakar ekonomi mempunyai berbeza-beza pandangan terhadap impak automasi terhadap perkerjaan. Pandangan yang bersifat sederhana mengatakan bahawa automasi akan melenyapkan pekerjaan namun pada masa yang sama ia juga akan melahirkan perkerjaan-pekerjaan baru. Sebuah  kajian yang dilakukan oleh Georg Graetz dari Universiti Uppsala dan Guy Michaels dari London School of Economics pada tahun 2015, ada menunjukkan beberapa bukti bahawa automasi boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan kepada golongan pekerja yang berkemahiran rendah dan terhadap sesetengah golongan pekerja berkemahiran sederhana. Pemberhentian atau kehilangan pekerjaan juga tidak dapat dielakkan apabila berlakunya pengabungan dan pengambil alihan (Merger and Acquisition). Dalam sedekad ini, pengabungan dan pengambil alihan telah berlaku dengan agak pesat dalam banyak industri seperti perbankan, logistik, pengeluaran dan lain-lain lagi.

Puan, antara kebimbangan utama rakyat Singapura pada masa kini adalah kehilangan sumber pendapatan. Tujuan utama Pemerintah memberi sokongan dalam peningkatan automasi serta mengalakkan pengabungan dan pengambil alihan adalah agar rakyat Singapura dapat meraih manfaat yang koletif dan bukan hanya memanfaatkan sesetengah pihak. Harapan ramai adalah agar pemerintah memberi tumpuan dan pemantauan yang ketat agar tujuan meraih manfaat yang kolektif ini akan menjadi realiti. Sudah tentu kita tidak menginginkan situasi dimana kemajuan automasi dan teknologi akan menyebabkan sesetengah golongan masyarakat terasa terpinggir, lemas dilanda arus kemodenan dan kemajuan, sehingga boleh menimbulkan perasaan yang negatif seperti peribahasa ‘habis madu sepah dibuang’.  Jika ini berlaku, ia akan melemahkan usaha kita dalam pembentukan masyarakat yang inklusif dan penyanyang. Sebagai satu cara menangani impak pemberhentian pekerjaan yang akan berlaku dalam usaha mencapai kemajuan, saya menyokong saranan rakan sekerja saya, Puan Sylvia Lim, agar pemerintah membuat pertimbangkan untuk memperkenalkan ‘Redundancy Insurance’. Satu skim insuran dimana pihak majikan dan para pekerja masing-masing menyumbang peratusan yang kecil dari jumlah pendapatan bulanan pekerja ke dalam satu dana. Tujuan dana ini ialah bagi membantu pekerja-pekerja yang menghadapi pengangguran yang disebabkan oleh pemberhentian kerja tanpa kerelaan (involuntary unemployment) termasuk mereka yang diberhentikan dengan notis. Dana ini menjurus kearah memberi pembayaran selama 6 bulan dimana jumlah pembayaran boleh berdasarkan sebahagian kecil daripada jumlah pendapatan yang terakhir diterima oleh pekerja  tersebut, dalam lingkungan 40% namun tertakluk kepada jumlah terhad berdasarkan pendapatan median. Skim yang bersifat sederhana seumpama ini akan memberi isyarat bahawa bantuan ini bersifat jangka masa pendek dan pada masa yang sama sekurang-kurangnya ia dapat memberi sedikit kelegaan dan keringanan kewangan sementara individu-individu berusaha mencari pekerjaan yang baru.

Puan, sepekara lagi, saya ingin menyampaikan suara ramai yang meminta agar jumlah yang diperuntukkan bagi kredit SkillFuture dinaikkan. Masyarakat menerima baik skim Skillfuture terutama golongan masyarakat yang berkemahiran dan berpendapatan rendah yang ingin mempertingkatkan diri mereka agar mereka tidak tenggelam dalam arus kemajuan teknologi dan automasi. Namun niat golongan ini untuk mempertingkatkan lagi diri mereka akan terjejas kerana faktor kemampuan. Atas dasar inklusif dan kasih sayang, saya harap pemerintah dapat mempertimbangkan secara serius cadangan-cadangan diatas sebagai satu usaha Semangat Kerjasama (Spirit of Partnership) pemerintah dan rakyat dalam membantu rakyat Singapura mengharungi cabaran-cabaran yang timbul dalam negara kita mengejar kemajuan.

Aspek Sosial

Puan, sekarang saya ingin menyentuh aspek sosial yang terkandung dalam belanjawan 2016 ini. Dalam ucapan Menteri Kewangan, dikatakan bahawa (i) kita ingin menjadikan Singapura sebagai sebuah kediaman yang baik untuk membina sebuah keluarga, (ii) melahirkan terbaik daripada setiap rakyat Singapura dan (iii) sebuah masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan yang orang kurang upaya dan golongan yang memerlukan. Menteri sekali lagi menekan tentang Semangat Kerjasama diantara individu-individu, masyarakat dan pemerintah dalam mencapai matlamat ini.

Pada belanjawan kali ini sebagai usaha membantu perkembangan kanak-kanak pada peringkat awal, sebuah initiatif baru, KidStart, telah diperkenalkan. Skim KidStart adalah bagi membantu pembangunan fisikal, cognitif dan sosial kanak-kanak pada peringkat awal. Skim CDA atau Child Development Account yang sedia ada pula telah diperbaiki dengan tambahan geran First Step berjumlah $3000 sebagai bantuan permulaan. Seperti yang dikatakan, skim-skim ini adalah untuk memberi sokongan kepada anak-anak warga Singapura bagi memberi meraka permulaan yang sebaik mungkin dalam kehidupan. Atas tujuan mulia ini, saya memohon agar pemerintah dapat melanjutkan skim-skim sebegini kepada setiap anak-anak warga Singapura termasuk anak-anak yang dilahirkan diluar pernikahan. Pada masa ini, skim-skim pemerintah mengecualikan golongan anak-anak ini. Saya memahami bahawa pemerintah menyediakan skim-skim ini hanya bagi anak-anak yang dilahirkan melalui perkahwinan sebagai usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Sebagai seorang kaunselor rumahtangga dan keluarga, saya setuju dengan pendekatan ini. Namun saya merasakan kita juga harus memberi penilaian dari aspek lain. Pertama, anak-anak yang dilahirkan diluar pernikahan juga adalah anak-anak warga Singapura yang akan menyumbang kepada perkembangan negara ini apabila dewasa kelak. Kedua, anak-anak ini seperti anak-anak yang lain juga dilahirkan dalam keadaan fitrah dan mempunyai keperluan fitrah yang sama, pembangunan fisikal, cognitif dan sosial. Ketiga, anak-anak ini tidak sepatutnya diberi perhatian yang berlainan atas sebab perkara yang dilakukan oleh pihak ibu-bapa mereka. Sekali lagi saya setuju dengan usaha-usaha pemerintah dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan namun saya percaya ada cara-cara yang lebih baik yang bersifat ‘pencegahan awal’ yang boleh diambil dalam menangani isu ini. Pendekatan pemerintah pada isu ini harus diubah supaya anak-anak dari golongan ini apabila dewasa kelak tidak akan rasa tersisir, dipinggirkan dan merasa marah kerana masyarakat seperti menyalahkan mereka diatas perbuatan kedua ibu-bapa mereka. Saya percaya kerjasama pihak pemerintah dalam memberi sokongan terhadap proses pembangunan setiap anak-anak warga Singapura tidak kira status mereka dialu-alukan oleh masyarakat Singapura.

Pembentukan Daya Tahan

Puan, perkara seterusnya yang saya ingin sentuh adalah tentang pembinaan Outward Bound School (OBS) yang bertujuan untuk membina daya tahan atau ‘resilience’. Pembentukan daya tahan pelajar-pelajar kita adalah sesuatu yang penting dalam mempersiapkan mereka mengharungi rintangan-rintangan hidup dengan keyakinan diri yang teguh. Saya menyokong rancangan pembinaan Outward Bound School (OBS) di Coney Island yang akan dapat menampung lebih ramai peserta. Usaha membina daya tahan pada seseorang memerlukan pendekatan yang holistik, dimana setiap aspek kecerdasan insani iaitu Kecerdasan Intelek (IQ), Kecerdasan Emosi (EQ) dan Kecerdasan Spiritual (SQ) harus dipupuk dan dirangsang. Kecerdasan Spiritual (SQ) telah mula mendapat tumpuan para akademik terutama dalam bidang psikologi pada awal dekad yang lalu. Mengikut para akademik Kecerdasan Spiritual berkait rapat dengan aspek kesedaran terhadap erti kehidupan, tanggungjawab dalam kehidupan ini dan perlu sifat tawaduk (humility) dalam menjalani kehidupan. Dengan mempunyai Kecerdasan Spiritual, ia menjuruskan seseorang individu untuk melihat visi peribadi serta berusaha kearah mencapainya dengan tujuan agar kebaikan yang diraih bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi juga untuk masyarakat dan dunia keseluruhannya yakni mencapai kebaikan secara kolektif. Pendek kata, menjadi dirinya sebagai rahmah kepada seluruh alam. Saya berpegang kepada pandangan bahawa kombinasi ketiga-tiga kecerdasan ini bukan hanya boleh melahirkan daya tahan yang teguh malah ia juga dapat membina sifat-sifat positif insani yang lain. Disini, saya ingin mengulangi saranan yang pernah saya ketengahkan didalam dewan ini iaitu agar subjek RK or Religious Knowledge diadakan semula disekolah-sekolah menengah. Saya berpandangan bahawa sekolah adalah sebaik-baiknya tempat untuk pembentukan insani yang holisitk yang sepatutnya merangkumi kecerdasan IQ, EQ dan SQ. Saya ingin berkongsi bahawa saya mempunyai seorang anak yang menuntut di sebuah Madrasah sepenuh masa, seorang disekolah awam biasa dan seorang lagi pelajar di sekolah Mission atau Mission School. Saya berpeluang meninjau cara-cara pemupukkan nilai-nilai yang murni dan sifat-sifat yang baik diantara ketiga-ketiga sekolah ini. Kelebihan sekolah mission dan madrasah keatas sekolah awam biasa adalah ia juga menumpukan kepada pembangunan Kecerdasan SQ.

Puan, awal tadi saya ada menyentuh bahawa salah satu usaha pemerintah untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan ialah dengan mengecualikan anak-anak yang dilahirkan diluar pernikahan menikmati skim-skim sokongan yang disediakan oleh pemerintah. Berikutan itu saya telah mengatakan sebaiknya satu langkah pencegahan awal dilakukan supaya situasi kelahiran anak diluar pernikahan dapat dikurang atau dibendung. Saya yakin ini boleh dicapai dengan pembentukan kecerdasan Intelek, Emosi dan Spiritual dalam diri seseorang insan. Kerjasama dalam erti kata gabungan kecerdasan Intelek, Emosi dan Spiritual akan dapat melahirkan individ-individu yang berdaya tahan tinggi dan yang mengutamakan tujuan kolektif. Warga negara sebegini yang kita ingini dalam usaha negara kita kearah pembinaan sebuah masyarakat yang inklusif dan penyanyang.

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Perkara terakhir yang ingin saya sentuh adalah usaha pemerintah memberi rangsangan kepada usaha Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) dan initiatif-initiatif yang bersifat ‘ground-up’ dengan memberi lebih bantuan. Dalam hal ini saya ingin mencadangkan agar diadakan jalinan atau hubungan kerjasama yang lebih efektif diantara entiti-entiti korporat dan individu-individu dengan Pejabat Khidmat Sosial (SSO). Saya memahami bahawa antara perananan utama SSO adalah untuk menyelaras dan meningkatkan kerjasama diantara badan-badan kebajikan sukarelawan didalam sempadan penjagaan mereka supaya masyarakat setempat mendapat faedah yang semaksimanya. Ini dilakukan menerusi pemantauan demografi dan keperluan masyarakat setempat. Contohnya, pemantauan sama ada duplikasi dari segi perkhidmatan yang disediakan, sama ada perkhidmatan yang sedia ada mencukupi dan sebagainya. Jalinan kerjasama SSO dengan pihak penganjur program samada entiti-entiti korporat atau individu-individu yang berminat boleh mengisi jurang-jurang yang ada dalam perkhidmatan yang sedia ada disesuatu kawasan. Kerjasama yang terjalin ini bukan sahaja menguntungkan golongan masyarakat yang memerlukan, ianya juga   memudahkan pihak-pihak yang menghulurkan bantuan atau yang ingin menjalankan program-program kemasyarakatan, a ’win-win situation’  bagi semua pihak.

Sebagai mengakhiri ucapan, Semangat Kerjasama adalah satu aspek penting dalam pembangunan peribadi, masyarakat dan negara. Tujuan Semangat Kerjasama adalah agar sumber-sumber dan tenaga-tenaga kerja di gabungkan supaya dapat memberi manfaat yang terbaik dan semaksima mungkin kepada setiap golongan masyarakat. Namun kita harus berhati-hati agar usaha kerjasama tidak menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini sehingga ada sebilangan masyarakat terasa terpinggir dan tidak dipedulikan kerana ini adalah bercanggah dengan misi negara yang ingin memupuk masyarakat yang inklusif dan penyanyang.