COS 2015 Debate: PMO – Attracting Malay Talents (MP Muhamad Faisal bin Abdul Manap)

By MP for Aljunied GRC, Muhamad Faisal bin Abdul Manap
[Delivered in Committee of Supply on 10 March 2015]

Pada ucapan Perdana Menteri di sesi debat Kertas Putih Kependudukan beliau telah memberi jaminan bahawa pemerintah akan berusaha untuk memastikan bahawa peratusan Melayu di Singapura akan terus stabil. Jaminan yang sama juga diberi oleh Menteri Grace Fu semasa debat COS 2014, dimana beliau mengatakan pemerintah komited dalam mengekalkan kadar etnik yang stabil dalam populasi warga Singapura. Dalam ucapan yang sama, beliau juga memberi kepastian pada tahun 2030, kadar warga negara Melayu Singapura akan tetap pada kadar yang sama seperti sekarang.

Antara langkah yang diambil oleh pemerintah untuk mengekalkan keseimbangan kadar ini adalah dengan pengambilan bakat-bakat Melayu dari Malaysia dan Indonesia. Perdana Menteri pernah mengulas bahawa pemerintah telah bekerja keras dan melakukan yang terbaik dalam usaha menarik bakat-bakat Melayu di rantau ini.

Puan, saya dan masyarakat Melayu ingin mengetahui sama ada pemerintah ada melakarkan ‘roadmap’ atau perancangan dalam usaha mereka untuk memikat bakat-bakat Melayu ini. Sememangnya adalah penting untuk mengadakan sebuah perancangan demi mencapai sesuatu objektif. Oleh itu, jika pemerintah ada perancangan, saya minta agar pemerintah dapat berkongsi perancangan ini. Pada masa yang sama, saya juga ingin meminta agar pemerintah dapat berkongsi tentang kemajuan dalam usaha ini. Perkongsian seperti ini penting kerana ia akan membolehkan masyarakat Melayu lebih memahami dan menghargai usaha pemerintah dalam hal ini. Keduanya, perkongsian sebegini juga akan dapat membuka ruang dan mendorong masyarakat Melayu untuk turut serta dan menyumbang buah fikiran agar usaha dalam menarik bakat-bakat Melayu akan lebih mantap. Ini sejajar dengan apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean dalam ucapan beliau semasa debat COS 2013, dimana beliau mengalu-alukan cadangan dan idea tentang bagaimana kita boleh menjadikan Singapura sebuah destinasi yang lebih menarik bagi pendatang Melayu.

The Prime Minister in his speech during the Population White Paper debate gave assurance that the government will put in efforts to ensure that the percentage of Malays in Singapore will continue to be stable. Minister Grace Fu also gave the same assurance during 2014 Committee of Supply debate where she mentioned the government is committed to keep the ethnic proportion within our citizen population stable. In addition, she also gave assurance that in 2030, the proportion of Malays in Singapore will be similar to that of the present.

Among the measures taken by the government in maintaining the racial balance is to bring in Malay talents from Malaysia and Indonesia. Prime Minister mentioned that the government have been working hard and also doing their best in attracting Malay talents from the region.

Madam, the Malay community and myself would like to find out whether the government has drawn up any roadmaps or plans in engaging Malay talents. Generally, it is important to have a plan in achieving an objective. Hence if there is a plan, it would be much appreciated if the government could make the roadmap public and at the same time, providing progress update on government’s effort in this area. Such sharing will allow the Malay community to understand and appreciate better, efforts made by the government. Secondly, such sharing will also encourage the Malays to partake and contribute ideas which may enhance government efforts. This is in line with what DPM Teo Chee Hean mentioned in 2013 COS debate, where he welcomes ideas on how to make Singapore more attractive to Malay talents.