19 May 2012 Hougang By-election Rally speech by Muhamad Faisal Bin Abdul Manap

Para Pengundi Hougang dan Hadirin sekalian,

Assalamualaikum,

Pada ucapan saya hari ini, saya ingin berkongsikan tentang pandangan saya mengenai apakah punca utama yang menyebabkan kita, rakyat Singapura merasakan kurang selesa dengan keadaan yang agak sesak atau “overcrowding” di negera kita sendiri dan apakah solusinya.

Pada hadirin sekalian, baru-baru ini Pejabat Perdana Menteri atau PMO, bahagian National Population dan Talent telah mengeluarkan sebuah kertas kerja berkenaan penduduk Singapura bagi masa mendatang. Dikatakan untuk menstabilkan tenaga kerja Singapura, negera ini memerlukan seramai 25,000 pendatang baru atau immigrant setahun.

Tuan-tuan dan puan-puan, Parti Pekerja bukanlah sebuah parti yang anti pendatang. Apa yang ingin kami memperjuangkan adalah agar polisi-polisi negara lebih mengutamakan dan menitik beratkan keperluan dan perihal Rakyat Singapura dahulu atau “Singaporean First Policy” dan bukan situasi seperti pepatah Melayu “Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan”.

Sebab yang diberikan oleh pemerintah tentang perlunya kemasukan lebih ramai pendatang ialah untuk mengatasi kemerosotan jumlah kelahiran atau low birth rate. Saya rasa in satu langkah yang kurang tepat. Pemerintah tidak seharusnya mengambil jalan keluar yang ringkas serta mudah dengan menaikan jumlah penduduk Singapura secara ‘instant’ dengan mengambil lebih banyak pendatang atau ‘immigrant’. Masalah ini harus ditangani dari akarnya atau ‘roots of the problem’.

Agaknya-agaknya hadirin sekalian, dimanakah kesilapan yang menyebabkan berlakunya kemerosotan jumlah kelahiran. Pada pandangan saya, yang daif ini dan menerusi pengalaman saya menjalankan kaunseling rumahtangga, sebab utama adalah suasana kehidupan kekeluargaan yang mencabar pada hari ini. Saya berpendapat jalan keluar yang lebih konstruktif ialah pemerintah harus lebih menekankan dan menitik beratkan aspek-aspek kehidupan berkeluarga. Satu daripada aspek yang harus mendapat perhatian yang mendalam ialah keseimbangan pekerjaan dan kehidupan berkeluarga atau “work-life balance”

Mengapakah ramai generasi muda pada hari ini memilih untuk melambatkan berumahtangga dan mendapatkan zuriat? Adakah mereka ini sengaja berbuat demikian atau ada sebab disebaliknya? Sebenarnya, kajian telah menunjukkan bahawa generasi muda masa kini ingin mendirikan rumahtangga dan mendapatkan zuriat awal. Namun kebimbangan keatas faktor work-life balance atau keseimbangan antara kerja-kehidupan berkeluarga adalah punca utama bagi mereka melambatkan perkahwinan serta pembinaan keluarga.

Baru-baru ini, satu survey yang telah dijalankan oleh Ernst dan Young menunjukkan bahawa keprihatinan yang utama bagi pekerja-pekerja Singapura bukanlah jumlah gaji ataupun bonus, faktor utama yang diluahkan adalah keseimbangan antara kerja dan kehidupan berkeluarga. Pertubuhan Kekeluargaan Nasional atau National Family Council melaporkan bahawa 63% daripada para ayah menyatakan bahawa tanggungjawab di tempat kerja adalah cabaran yang paling besar ynag menghindarkan mereka meluangkan masa bersama anak-anak. Ini adalah kerana pada purata waktu pekerjaan sejak tahun 1990 hingga 2010 berada di lingkungan 46 hingga 47 jam seminggu. Waktu ini adalah waktu rasmi yang dilaporkan atau offficial reported hours. Namun seperti yang kita ketahui, ramai pekerja-pekerja Singapura yang bekerja lebih daripada ini dan ada pula yang membawa balik kerja ke rumah sehingga ke hujung minggu. Saya percaya ini banyak berlaku dikalangan pekerja-pekerja Singapura. Teknologi yang seharusnya membantu untuk meningkatkan produktiviti sebaliknya menjadikan kita hamba kepada email-email pekerjaan. Saya tidak terkejut jika secara purata atau average rakyat Singapura bekerja hampir 60 jam seminggu. Malah bagi industri Security kebanyakkannya bekerja selama 72 jam seminggu, 12 jam sehari 6 hari seminggu dengan diberi gaji yang kecil, ‘peanut’. Bagaimana nak memenuhi keperluan emosi dan psikologi keluarga sudahlah tidak masa gaji kecil pula.

Isu ‘work-life balance’ ini diterukkan lagi oleh polisi-polisi pemerintah yang sedia ada yang banyak menekankan kepada pembangunan ekonomi dengan apa cara sekalipun termasuk pengambilan pekerja-pekerja asing. Persaingan pekerjaan menambahkan lagi tahap stres kepada pekerja-pekerja Singapura. Stres/tekanan dan kurangnya waktu keluarga yang berkualiti adalah fakor-faktor utama yang menyumbang kepada jumlah kelahiran yang rendah. Kita harus memecahkan kitaran atau cycle ini yang disebabkan oleh polisi-polisi pemerintah PAP. Jika pemerintah benar-benar ikhlas untuk meningkatkan semula jumlah kelahiran dan jumlah penduduk Singapura, kedua-dua faktor asas ini harus diperbaiki.

Hadirin sekalian, kajian yang dijalankan baru-baru ini di Amerika dan Eropah, terutama di negara-negara Scandinavia, telah menunjukkan masalah kemerosotan jumlah kelahiran dapat ditangani dengan memperbaiki work-life balance melalui usaha sepadu polisi-polisi pemerintah. Saya percaya ini juga boleh dilakukan di Singapura.

Pendek kata pada pandangan saya, polisi-polisi pemerintah yang sedia ada harus diperbaiki dari aspek kemanusiaan/kekeluargaan. Malah, inilah aspek yang ingin diperbaiki oleh Parti pekerja seperti yang tertulis di Manifesto kami bahawa Falsafah parti pekerja adalah untuk menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dialam pembentukkan sesebuah polisi. Setiap polisi yang dibentuk harus selari dengan fitrah atau semulajadi kehidupan manusia. Jika tidak selari akan timbulah cabaran-cabaran seperti hari ini seperti kekata hikmah “Yang baik datang dari Pencipta dan yang buruk adalah atas perbuatan diri sendiri”.

Hadirin sekalian, unsur-unsur kemanusiaan ini juga tersirat di hati rakan seperjuangan saya Encik Png Eng Huat. Encik Png telah menjadi Penolong Perundangan saya atau Legislative Assistant sejurus selepas saya menjadi AP hingga ke bulan Februari lalu dimana beliau telah dalihkan ke Hougang.

Selama 9 bulan bekerja rapat dengan Encik Png saya telah berpeluang mengenali akhlak beliau serta prinsip-prinsip kehidupan beliau. Malah keluarga saya terutama anak-anak saya juga telah menjalin hubungan rapat dengan Uncle Png. Satu pegangan yang beliau pernah berkongsi dengan saya adalah, perkara utama yang beliau ingin kecapi sebelum beliau menutup mata ialah beliau ingin berjaya menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik. Saya percaya ini juga adalah tujuan perjuangan Enk Png dalam politik iaitu membawa kestabilan dalam kehidupan berkeluarga bagi masyarakat Singapura.

Satu lagi yang ingin saya kongsikan ialah beliau ialah Encik Png telah berkecimpung dalam kerja-kerja kebajikan lama sebelum berkecimpung dalam arena politik. Satu daripada usaha beliau ialah mengadakan kunjungan ke sebuah rumah tumpangan anak yatim Islam di Singapura dengan membawa bersama jamuan serta hadiah-hadiah pada setiap Hari Kebangsaan kecuali beberapa tahun yang sudah kerana ianya bersempena Ramadhan. Ini adalah bukti sifat murni dan ihsan beliau tidak terbatas kepada sesuatu kaum atau agama sahaja. Beliau bersedia menghulurkan pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan. Saya harap pengundi Hougang dapat memberi sokongan Encik Png Eng Huat

Now I will speak in English,

Basically, in short, what I have spoken in Malay is about achieving a work-life balance in Singapore. Personally, I felt that the PAP government need to do more in this area. Researches have shown that work-life balance is one of the factor that has a strong influence in improving low birth rate problem. This is should be the way in addressing our country’s low birth rate problem and not by taking in more immigrants.

Dear all, It’s has been the Workers’ Party’s philosophy to inculcate and prioritize humane factor in the formulation of our government policies and we will definitely continue to do so.

Before I end my speech, I would like to share my views on Mr Png Eng Huat.

My colleague, Mr Png Eng Huat, has worked closely with me as my legislative assistant at my Aljunied GRC ward, Kaki Bukit, since May last year before he was relocate to Hougang in February. He has a special talent in innovating and managing communication systems linking people together because of his undergraduate background and career experience in TV production and multimedia programming and broadcasting. He used this special talent to help me set up an efficient system for volunteers to assist Kaki Bukit residents and capture case data, freeing me up to do what I do best, as a counselor, to counsel my constituents and help them resolve their problems.

But Png is not just a technical guy. Before he came over to Kaki Bukit to help me, he spent four years from 2007 to 2011 as a member of the Hougang Constituency Committee, organizing grassroots activities and taking care of needy residents. He is a dedicated and kind person with public service deeply imprinted in his caring heart. In Hougang, he works closely with welfare organizations to distribute food to low income families. Indeed, when he came over to Kaki Bukit he brought along the food distribution program. I believed his good rapport, developed through humility and sincerity, with the Welfare Organization has benefits Kaki Bukit’s needy residents.

Throughout the nine months, Mr Png has spent many nights with me and my volunteers to serve the residents on the ground and in parliament. His natural human touch has captured the hearts of many Kaki Bukit volunteers as well as residents whom he attended to.

For the last 9 months I have also known Mr Png beyond work. Similarly, he is also a dedicated person when come to family matters. He is a loving husband and an affectionate father to his two kids. Mr Png ever shared with me that his utmost achievement in life is to be a good husband and a loving father.

Indeed, good heart has been his middle name even before he got involved in politics. I got to know that he has been visiting and organizing activities for one of the Muslim Orphanage in Singapore on every National day except for the past a couple of years due to National day coincides with Muslim fasting months. This shows that his heart for the people is beyond religions, and races.

Dear Voters of Hougang we need Mr Png Eng Huat in Parliament. With his heart full of welfare for the people, he would be an asset to the people of Hougang, Singapore and Worker’s Party in our quest in Parliament to improve the work-life balance of all Singaporean workers and achieve a better quality of family life.

Finally, on behalf to Kaki Bukit residents, volunteers and personally from the very bottom of my heart, I would like to thank Mr Png Eng Huat for all his sincere contributions at Kaki Bukit.