Workplace Fairness Bill – 7th January 2025 – Speech By Faisal Manap

Tuan, (Malay Speech)

Rang undang-undang keadilan ditempat kerja yang dibentang dan yang sedang didebatkan ini amat dinanti-nantikan oleh Masyarakat Singapura terutama bagi golongan-golongan yang lebih mudah terdedah kepada diskriminasi dalam usaha mencari pekerjaan dan juga dalam menjalankan tugasan.

Parti Pekerja telah sekian lama menyuarakan tentang perlunya diadakan undang-undang untuk mengatasi isu diskriminasi di tempat kerja. Kami AP Parti Pekerja serta Masyarakat Singapura berasa lega, setelah sekian lama menunggu Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akhirnya mengambil keputusan ini.

Tuan, pada bahagian Tiga rang undang-undang yang bertajuk Ciri-ciri yang dilindungi (Protected Characteristics), klausa 8 ada tertera dan menetapkan ciri-ciri yang dilindungi iaitu umur; kewarganegaraan; jantina, status perkahwinan, status kehamilan dan tanggungjawab menjaga; bangsa, agama dan bahasa; serta kecacatan dan keadaan kesihatan mental. Perlindungan ini merangkumi semua peringkat pekerjaan, termasuk pengambilan pekerja, tempoh pekerjaan dan pemecatan.

Tuan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengaju atau menimbulkan semula keprihatinan Masyarakat Islam Singapura berkenaan unsur-unsur diskriminasi ditempat kerja yang dialami oleh individu-individu muslim khususnya.

Saya akan berkongsi dua senario yang pernah dialami oleh individu-individu muslim Singapura dan ingin dapatkan penjelasan dan kepastian bahawa sememangnya berlaku perbuatan diskriminasi pada kedua-dua senario ini and individu-individu yang terjejas boleh membuat laporan.

Senario pertama adalah berkenaan mengerjakan solat Jumaat bagi individu-individu lelaki muslim.

Satu situasi adalah di mana individu-individu lelaki muslim tidak diterima untuk bekerja semasa sesi temuduga kerana permintaan mereka untuk mengerjakan solat Jumaat tidak dibenarkan oleh pihak syarikat.

Situasi kedua adalah pekerja-pekerja lelaki muslim yang ingin meminta sedikit lebih masa rehat pada hari Jumaat untuk mengerjakan solat jumaat namun tidak diberi kebenaran oleh majikan mereka.

Secara am, banyak agensi-agensi pemerintah dan majikan-majikan di sektor swasta membenarkan individu-individu lelaki muslim untuk mengerjakan solat Jumaat. Namum, masih ada sejumlah atau segelintir yang tidak mengizinkan.

Isu tentang memberi kebenaran untuk mengerjakan solat Jumaat ini pernah diluahkan oleh mantan anggota parlimen Encik Zainal Sapari menerusi platform media sosial beliau.

Perkongsian Encik Zainal Sapari mengenai perkara ini telah mendapat liputan media dalam talian Mothership bertarikh 17 July 2019 yang bertajuk MP Zainal Bin Sapari suggests S’pore employers give Muslim men time off for Friday Mosque prayers”.

Encik Zainal Sapari, yang sekarang memegang jawatan Penolong Setiausha Agung (Assistant Secretary General) di Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), mengatakan beliau telah di datangi oleh pekerja-pekerja lelaki muslim yang menghadapi kesukaran dalam mendapatkan kebenaran dari syarikat atau majikan mereka untuk mengerjakan solat Jumaat. Beliau mengatakan “it would be much appreciated if employers could grant male muslim workers time off between 12.30pm to 2.30pm to go to the mosques”.

Dalam catatan atau posting facebook yang sama, Enk Zainal Sapari juga menerangkan tentang kewajiban mengerjakan solat Jumaat oleh para lelaki muslim dan beliau juga memberi satu pandangan menjelaskan bahawa para pekerja juga harus “menebus kerugian dalam masa syarikat” dengan datang bekerja lebih awal sedikit, atau keluar lewat pada hari itu.

Senario yang kedua adalah satu keadaan yang telah mendapat perhatian ramai sekian lama, iaitu tentang pemakaian tudung. Selama bertahun-tahun, akan kedengaran sesekali luahan atau laporan tentang individu-individu Muslimah menghadapi situasi dimana mereka diminta untuk tanggalkan tudung jika ingin diterima bekerja atau setelah mereka memulakan pekerjaan.

Perkara ini ada dinyatakan dalam laporan Suara Musyawarah yang diterbitkan pada 2013. Laporan Suara Musyawarah ini dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa bebas yang tidak berpihak yang dibentuk oleh pihak pemerintah yang berobjektif  mengumpulkan maklum-balas serta keprihatinan dan aspirasi Masyarakat Melayu/Islam Singapura.   

Pada halaman atau muka surat 21 perenggan 32 laporan bahasa Melayu Suara Musyawarah ini, saya nukil “Jawatankuasa ini juga telah mendengar beberapa pengalaman peribadi yang memberi andaian bahawa diskriminasi juga diamalkan dari segi pekerjaan. Contoh-contoh peribadi termasuk para majikan yang mengatakan dengan jelas bahawa pilihan mereka adalah pekerja bukan Melayu dan wanita Islam pula diketepikan atau diberitahu secara terus-terang bahawa mereka tidak dibenarkan memakai tudung”.

Tuan, laporan Suara Musyawarah ini adalah hasil tahun 2013, hampir 12 tahun yang lalu, dan maklum balas yang telah dikumpulkan berkemungkinan adalah kejadian-kejadian yang telah berlaku beberapa tahun sebelum 2013. Malah pengalaman yang sedemikian pernah dialami oleh isteri saya pada tahun 2000 dimana beliau hampir diterima bekerja disebuah pusat bahasa swasta (language centre) namun dengan satu syarat iaitu tidak boleh bertudung.

Melangkah kehadapan, satu insiden yang terbaru yang mendapat perhatian ramai termasuk Puan Halimah Yacob, yang menyandang jawatan presiden pada masa itu, adalah sebuah kes yang berlaku pada tahun 2020. Ia membabitkan seorang pekerja Wanita muslim  sebuah gedung serbaneka yang terkenal dimana individu ini telah disuruh untuk menanggalkan tudungnya beberapa minit selepas beliau baru memulakan pekerjaan pada hari yang pertama.

Dalam kes ini, seperti dilaporkan dalam media, Puan Halimah menyatakan dengan tegas “there is no place for discrimination of any form and against anyone in Singapore” iaitu “tidak ada tempat untuk diskriminasi dalam apa jua bentuk dan terhadap sesiapa pun di Singapura”.

Tuan, sebagai rumusan saya ingin mendapatkan kepastian dari Kementerian Tenaga Manusia bahawa kedua-kedua senario yang telah saya kongsikan iaitu berkenaan tidak memberi kebenaran untuk mengerjakan solat Jumaat bagi lelaki muslim dan penggunaan tudung bagi wanita muslim diiktiraf sebagai amalan diskriminasi di tempat kerja di bawah rang undang-undang ini.

(English Translation)

Sir,

The workplace fairness bill that was presented and is being debated is highly anticipated by the Singaporean community, especially for segment of our society that are more susceptible to discrimination in their efforts to find a job and also their course of employment.

For a long period of time, the Workers’ Party has been calling for the need for legislation addressing the issue of workplace discrimination. The Workers’ Party and Singaporeans are relieved, after waiting for so long for the Ministry of Manpower (MOM) to finally take this decision.

Sir, part three of the bill entitled Protected Characteristics, clause 8 specifies the protected characteristics which are age; nationality; gender, marital status, pregnancy status and caring responsibilities; race, religion and language; as well as disabilities and mental health conditions. This covers all stages of employment, including hiring, tenure and termination.

Sir, I would like to take this opportunity to raise or resurface the concerns of  Muslim community regarding discrimination in the workplace experienced by Muslim individuals in particular.

I will share two scenarios that have been experienced by Muslim individuals in Singapore and would like to get a certainty and affirmation that there is indeed an act of discrimination in both of these scenarios and a report can be lodged.

The first scenario is about performing Friday prayers for individual Muslim men.

One situation is where Muslim men are not accepted to work during the interview session because their request to perform Friday prayers is not allowed by the company.

The second situation is Muslim male employees who want to request a little more time off on Fridays to perform Friday prayers but are not given permission by their employers.

In general, many government agencies and employers in the private sector allow Muslim male individuals to perform Friday prayers. However, there are still some who do not allow it.

The issue was once shared by a former member of parliament Mr. Zainal Sapari through his social media platform.

Mr. Zainal Sapari’s sharing on this matter was covered by the Mothership dated 17 July 2019 titled “MP Zainal Bin Sapari suggests S’pore employers give Muslim men time off for Friday Mosque prayers[i].

Mr Zainal Sapari, who currently holds the position of Assistant General Secretary at the National Trade Union Congress (NTUC), said he has been approached by male Muslim workers who are facing difficulties in obtaining permission from their employer to perform Friday prayer. It was reported that he said “it would be much appreciated if employers could grant male muslim workers time off between 12.30pm to 2.30pm to go to the mosques”.

In the same Facebook post, Enk Zainal Sapari also explained about the obligation of Muslim men to perform Friday prayers and he also gave a view explaining that “employees should also “make up for the loss in company time” by coming to work a little earlier, or out late that day”.

The second scenario is a situation that has received a lot of attention for years, which is about wearing a tudung. Over the years, there have been occasional reports of Muslim individuals facing situations where they are asked to remove the tudung if they want to be accepted for work or after they commence work.

This matter was stated in the Suara Musyawarah report published in 2013. Suara Musyawarah report was produced by an independent, non-partisan committee formed by the government to objectively gather feedback as well as the concerns and aspirations of the Singapore Malay/Muslim community.

On page 21 of paragraph 32 of the Suara Musyawarah Malay report (page 18 para. 32 for English report), I quote “This committee has also heard some personal experiences that suggest that discrimination is also practiced in terms of employment. Personal examples include employers making it clear that their preference is for non-Malay workers and Muslim women being sidelined or told outright that they are not allowed to wear Tudung”.

Sir, this Suara Musyawarah report was published in 2013, almost 12 years ago, and the responses that have been gathered are likely to be events that happened years before 2013. In fact, my wife had such an experience in 2000 where she almost accepted to work in a language center but with one condition that she has to take off her tudung.

Fast forward, a more recent incident that attracted the attention of many including Mdm Halimah Yacob, who was Singapore’s president at the time, was a case that occurred in 2020. It involved a Muslim female employee of a well-known department store where this individual was told to remove her tudung right after she commenced work on her first day.

In this case, as reported in the media, Mdm Halimah stated firmly “there is no place for discrimination of any form and against anyone in Singapore”[ii].

Sir, as a summary I would like to obtain certainty and affirmation from the Ministry of Manpower that the two scenarios that I have shared, Muslim men not been given permission to perform Friday prayers and the prohibition in the use of tudung for Muslim women, are indeed among the discriminatory practices in the workplace under this bill.


[i] https://mothership.sg/2019/07/mp-friday-mosque-prayers-time-off/

[ii] https://www.straitstimes.com/singapore/discrimination-has-no-place-in-singapore-society-president-halimah