COS 2015 Debate: MCCY – Funds for Malay/Muslim Community (MP Muhamad Faisal bin Abdul Manap)

By MP for Aljunied GRC, Muhamad Faisal bin Abdul Manap
[Delivered in Committee of Supply on 12 March 2015]

Tuan, saya ingin menyentuh tentang 3 dana yang dimana penggunaan dana-dana ini dengan sebaiknya akan dapat memberi maanfat yang optima kepada masyarakat Melayu/Islam Singapura. Yang saya maksudkan disini ialah dana Zakat yang dikendalikan oleh MUIS, Tertiary Tuition Fee Subsidiy (TTFS) dan Malay/Muslim Community Development Fund (MMCDF) yang kedua-duanya dikendalikan oleh Mendaki.

Mengenai Dana Zakat, Menteri Yacob semasa memberi jawapan terhadap soalan yang berkaitan dengan Zakat mengatakan pada 2011 Muis telah mengutip sebanyak $23.3 juta and mengagihkan $23.2 justeru mempunyai baki $100,00. Pada 2012 pula Muis mengutip $25.5 juta dan mengagihkan $23.2, menyebabkan deficit sebanyak $300,00 dan tahun seterusnya 2013, Muis mengumpul $$28.4 juta sementara mengagihkan $2.8 juta, baki $400,00.

Menteri menerangkan bahawa baki atau kekurangan selepas pengagihan zakat tahunan terjadi disebabkan oleh perbezaan pada waktu pengutipan dan pengagihan. Beliau juga menjelaskan sebagai usaha untuk memastikan pembiayaan yang berterusan bagi program-program yang dibiayai menerusi dana Zakat, MUIS mengenepikan rizab  sebagai usaha untuk menyiapkan payung sebelum hujan atau persiapan bagi kemungkinan berlakunya keadaan yang tidak diduga yang boleh menjejaskan pengutipan dan keperluan, seperti kemelesetan ekonomi.

Saya berpandangan bahawa dana zakat seharusnya diagih atau digunakan sepenuhnya dalam masa setahun selepas pengutipanya dan tidak seharusnya diketepi dan disimpan sebagai rizab. Saya memahami tentang keprihatinan terhadap kemungkinan berlakunya kemerosotan ekonomi yang boleh menjejas pengutipan zakat pada sesuatu masa seperti yang dikatakan oleh Menteri.

Namun, zakat mempunyai nilai keagamaan yang unik dimana diharuskan pengunaan jumlah kutipan zakat diagihkankan secepat mungkin dalam masa setahun selepas proses pengutipan. Pada masa yang sama, pengutipan dan pengagihan zakat adalah proses tahunan dan jumlah pengagihan atau perbelanjaan zakat seharusnya berdasarkan jumlah yang dikutip setahun sebelumnya. Tentang keprihatian jika berlaku kekurangan dimana ia akan menjejas program yang bergantung pada dana zakat, saya berpendapat perkara ini boleh diatasi dengan menggunakan dana-dana lain atau boleh diusahakan menerusi usaha-usaha lain.

Berkenaan dana TTFS, Menteri telah menerangkan bahawa pada tahun 2012 jumlah baki yang tidak diagihkan adalah $15.48 juta dan $16.6 juta bagi 2013. Menurut beliau jumlah baki ini dimasukan kedalam EDF Mendaki. Saya pernah menyatakan bahawa adalah sebaiknya jika dana TTFS dapat di gunakan sepenuhnya bagi tujuan untuk  membiaya sebahagian masyarakat Melayu yang ingin membuat pengajian universiti secara sambilan dan juga bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran mereka diperingkat sarjana ataupun Doktor falsafah. Saya harap Menteri dapat mempertimbangkan usulan ini dan ketengahkan kepada pemerintah. Pada masa yang sama, pihak Mendaki juga boleh membuat semakan semula pada kriteria kelayakkan bagi permohonan TTFS supaya lebih ramai pelajar-pelajar Melayu dapat meraih manfaat dari TTFS.

MMCDF telah ditubuhkan pada 1991 sebagai sebuah dana untuk menyokong misi Mendaki untuk mendatangkan perubahan yang positif kepada masyarakat Melayu/Islam. Pada ucapan Perdana Menteri semasa majlis makan malam meraihkan ulang tahun Mendaki yang ke 30, beliau telah menyatakan bahawa sumbangan dana sebanyak $1 juta yang dilakukan oleh pemerintah tidak dimanfaatkan secara penuh dan mengesa agar dana ini digunakan secara keseluruhannya. Oleh itu, saya ingin meminta Menteri untuk berkongsi tentang semakan atau langkah-langkah yang telah diambil oleh Mendaki dalam memastikan agar MMCDF ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Terima kasih.