COS 2012 Debates: MCYS – Mosque Management

by MP for Aljunied GRC, Muhamad Faisal Abdul Manap


Chairman Sir, In Malay

1. Skim Pengerusi Eksekutif Masjid atau Mosques Executive Chairman (MEC) telah dilaksanakan oleh MUIS pada tahun 1999 dengan bertujuan untuk memperbaiki serta memperkukuhkan lagi sistem pentadbiran masjid.

2. Pada permulaan skim ini, pendapatan atau gaji Pengerusi Eksekutif Masjid dibiayai sepenuhnya oleh pihak masjid. Namun pada tahun 2010, MUIS melakukan sebuah perubahan dengan mengambil langkah membiayai 20 peratus pendapatan atau gaji Pengerusi Eksekutif Masjid dan selainnya, iaitu 80 peratus ditampung oleh pihak masjid.

3. Saya ada 5 soalan mengenai perkara ini:

(i) Berapakah jumlah Pengerusi Eksekutif Masjid yang ada sekarang

(ii) Berapa efektifkah skim ini

(iii) Dikatakan atau ada tanggapan bahawa jumlah gaji seorang Pengerusi Eksekutif Masjid ialah dalam anggaran 8 ribu dollar sebulan. Mohon Menteri Prof. Yacob dapat menjelaskan hal ini agar dapat mengelak salah tanggapan masyarakat Islam Singapura.

(iv) Apakah yang menyebabkab MUIS merubah kedudukan awal dari langsung tidak menampung gaji Pengerusi Eksekutif Masjid kepada membiayai 20 peratus?

(v) Apakah rasional disebalik sistem pembiayaan pendapatan atau gaji para Pengerusi Eksekutif Masjid, dimana MUIS membiayai 20 peratus sementara pihak masjid 80 peratus. Saya berpendapat bahawa MUIS harus membiayai sepenuhnya atas dasar skim ini adalah hak milik dan dimulakan oleh MUIS serta perlantikan juga dilakukan oleh MUIS. Terima kasih.